
Apa Akan Jadi Kalau Biarkan Kereta Sentiasa Bersepah Kerana Habit Kemalasan?
Ramai yang sibuk dengan kerjaya dan urusan seharian kadangkala tidak sempat untuk mengemas kenderaan yang dipandu harian. Ada pula yang memang tabiatnya pemalas, nasiblah kalau naik kereta dengan orang macam ni. Ada beberapa akibat yang anda tidak akan pernah terfikir apabila anda membiarkan dalaman kenderaan kotor dan jarang membersihkannya :-
1. Mengundang serangga seperti semut, lipas dan kadangkala tikus untuk tertarik menetap seketika di celah-celah dan di bawah carpet kereta, menikmati sisa-sisa makanan pada kenderaan. Jadi pada yang suka makan di dalam kereta pastikan anda kerap vacuum dan bersihkan lantai dan carpet kereta.
2. Lantai atau carpet kenderaan yang berdebu atau berhabuk boleh menyumbang kepada masalah kesihatan pernafasan dalam jangka masa panjang. Ini adalah kerana kitaran udara yang disejukkan oleh sistem aircond kenderaan adalah dikitar dari udara persekitaran kabin kenderaan. Jika kotor, maka kotorlah udara aircond yang kita hirup di dalam kenderaan tersebut.
3. Memendekkan jangka hayat komponen aircond seperti cooling coil, cabin filter dan aircond blower yang boleh terjejas kerana enapan kotoran yang berlebihan pada komponen berkenaan boleh menjejaskan aliran udara, memberikan kerja lebih untuk blower motor dan boleh mengakibatkan sistem tersumbat.
4. Disarankan untuk membasuh kereta setiap 2 minggu sekali dengan cucian luar dan dalam siap vacuum untuk menjaga kebersihan kereta. Kita pun sedap mata memandang kereta bersih dan berkilat. Kekadang terasa laju sedikit bila bawak bila lepas basuh ni heheh...
Moga sedikit info ini dapat dimanafaatkan oleh anda semua. Tapi kalau taknak pun takpe workshop kami buka je dari Isnin Hingga Sabtu 9.00 pagi hingga 6.00 ptg. Nak servis or nak repair boleh roger!
Happy Motoring!
www.dalfaauto.my
www.wasap.com/0192018414