• Main
  • News

Bukan Kita Tak Mahu Jaga Sistem Aircond Cuma

Bukan Kita Tak Mahu Jaga Sistem Aircond Cuma

BUKAN KITA TAK MAHU JAGA SISTEM AIRCOND CUMA KITA TAK TAHU NAK SERVIS APA?

Sebenarnya sikit sahaja perkara yang kita perlu ambil tahu tentang servis sistem aircond kenderaan ini tapi bakal memberi manafaat pada penjimatan kos penyelenggaraan dan memanjangkan usia komponen sistem aircond kenderaan.

Perkara paling utama adalah :-

1. Minyak Compressor

Anda perlu tahu compressor aircond adalah ibarat enjin kecil bagi sistem aircond. Di dalamnya ada sistem mekanikal yang memerlukan pelincir setiap kali berfungsi. Ia disyorkan untuk ditukar setiap 30,000 km mileage atau 18 bulan penggunaan. Macam minyak enjin anda semua tukar setiap 5,000 km ke 10,000 km ikut jenis minyak kan? Macam tu la kena tukar minyak compressor juga, jangan sampai dia jadi hitam legam dan hilang fungsi melincir.

2. Aircond cabin filter

Ini juga perkara ringkas, cabin filter ni biasanya kita boleh bersihkan secara DIY sahaja tapi kalau dah berhabuk dan reput elok tukar yang baru. Cabin filter ni tugas dia menapis habuk dan kotoran bersama udara sejuk di dalam sistem sebelum dihembus keluar oleh blower motor. Bayangkan kalau cabin filter tu kotor tak pernah ganti, hari-hari sedut udara kotor boleh datang penyakit pula nanti tuannya.

3. Kebersihan Dalaman ( Interior Cleaning).

"Kebersihan sebahagian dari Iman". Kebersihan dalam kenderaan adalah kunci utama penjagaan aircond kenderaan kerana udara yang diproses untuk disejukkan oleh sistem aircond adalah dari dalam kabin kenderaan itu sendiri. Jika dalamannya kotor, ia akan mempercepatkan enapan kotoran pada cabin filter dan juga cooling coil. Ia akan kekal selagi tidak dibersihkan. Jadi kenderaan yang tidak terjaga kebersihan dalamannya akan menghadapi masalah pada komponen aircond lebih awal. Early wear and tear.

4. Servis Aircond Blower

Yang ini biasanya kita buat setiap 30,000 Km mileage atau 18 bulan penggunaan. Biasanya pakej ngan basic servis tukar minyak compressor. Aircond blower ini fungsi dia menghembus udara sejuk dari sistem ke dalam cabin kenderaan. Jika dia kotor dan berdebu, pasti angin hembusan tu pun tak kuat. Ramai yang kene problem ni kan, cepat-cepat wat servis blower tu dulu, kadang-kadang plastik gula-gula anak-anak termasuk dalam tu pun boleh buat dia tersumbat.

5. Aircond Flushing

Perkara ini selalu workshop akan offer untuk jaga sistem aircond. Proses flushing yang betul dengan menggunakan mesin yang betul-betul mempunyai features flushing sahaja akan memberikan kesan. Kalau tidak buang masa, kos dan tenaga sahaja. Kesan dari proses flushing yang betul akan dapat dirasai sebaik sahaja selesai proses tersebut. Penurunan suhu drastik daripada sistem akan terus diperolehi dan sistem kenderaan akan jadi sejuk dan dingin daripada sebelumnya. Kosnya dari RM 250.00 ke RM 150.00. Ia bergantung kepada skil dan cara kerja workshop terbabit.

Selain dari perkara di atas, mungkin anda perlukan nasihat dan pandangan dari yang pakar kerana perlukan alatan dan kemahiran khas seperti gas leak detector, leak tracing liquid dan pressure tester.

Harap sedikit tips ini dapat menjadi panduan kepada anda semua dalam menjaga sistem aircond kenderaan anda.

Anda juga boleh sembang-sembang teknikal dengan Team Technical kami untuk sebarang pertanyaan berkenaan sistem aircond kenderaan.

www.wasap.com/0192018414

www.wasap.com/01169781335

Happy Motoring!

www.dalfaauto.my