• Main
  • News

Ini Namanya Water Pressure Tester Tugasnya Adalah Untuk

Ini Namanya Water Pressure Tester Tugasnya Adalah Untuk

Ini namanya "Water Pressure Tester". Tugasnya adalah untuk memeriksa kebocoran pada sistem penyejukan ( Radiator / Cooling System).

Simptom-simptom masalah tersebut adalah seperti :-

1. Air / Coolant asyik kurang dan kerap perlu tambah ( top-up air).

2. Suhu kenderaan tidak menentu ( fluctuating), tinggi dan overheated.

Caranya dengan memasukkan tekanan udara dengan menggunakan alat ini ke dalam sistem penyejukan melalui tangki radiator atau tangki spare. Setkan tekanan kepada tekanan bekerja ( working pressure) boleh rujuk penutup radiator.

Selepas memasukkan tekanan udara, periksa laluan air seperti hose, pipe dan radiator untuk sebarang kebocoran.

JIKA tekanan konsisten dan tidak berubah untuk beberapa minit. Maknanya sistem anda sudah tiada kebocoran.

Ini adalah antara teknik2 yang workshop gunakan untuk mengesan kebocoran air pada kenderaan.

Moga bermanafaat dan selamat mencuba!

Happy motoring.